Saturday, November 21, 2015

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

Lumut, 25 Ogos 15 – Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke – 31 telah dilaksanakan dengan jayanya di Geladak Penerbangan KD MAHAWANGSA. Majlis tersebut disaksikan oleh YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli, Panglima Armada.

Panglima Armada menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas
Pegawai Memeritah KD MAHAWANGSA

Penyerahan tugas mantan Pegawai Memerintah kepada
Pegawai Memerintah Baru

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi mantan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA iaitu Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang baru iaitu Kept Sazalee bin Shoib TLDM. Di samping itu, turut dilaksanakan majlis serah terima tugas Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke – 31 daripada KD INDERASAKTI kepada KD MAHAWANGSA.

Pemakaian lencana Pegawai Memerintah oleh Panglima Armada 


Simbolik penyerahan tugas Pegawai Memerintah


Jamuan ringan bersama tetamu yang hadir

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan pemakaian Insignia Pegawai Memerintah yang disempurnakan oleh YBhg Panglima Armada. Majlis diteruskan dengan  ucapan YBhg Panglima Armada, bacaan doa dan diakhiri dengan jamuan ringan. Dengan berakhirnya majlis ini, maka secara rasminya KD MAHAWANGSA dan Skuadron MPCSS Ke – 31 berada di bawah tampuk pemerintahan yang baru.